Sekapur Sireh:Komputer
Kita sekarang berada pada zaman perubahan. Pelbagai evolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah tumbuh bagaikan cendawan setelah hujan.
Kemunculan komputer dalam bentuk mesin taip pintar dan interaktif, kerangka utama, komputer mini dan komputer peribadi disusuli dengan perisian-perisian canggih dari segi aplikasi, multimedia/animasi/persembahan, rekabentuk web bersepadu/portal/vortal/web-publisher, grafik, pangkalan data dan aplikasi industri ERP/MRP, teknikal, kejuruteraan, pelbagai sistem pengoprasian dsb.
Selain itu, dengan bantuan teknologi jaringan LAN, WAN - berwayar dan wayarles, Arpanet, Intranet dan Internet, peer-to-peer network dan lain-lain juga telah banyak meninggalkan banyak impak positif kepada dunia ICT.
Muncul pula intergrasi elemen-elemen telekomunikasi telah menyebabkan terciptanya telefon bimbit pelbagai fungsi/sistem PDA, e-mail/chat/telefon internet (dan SMS), Konsep Pejabat Pintar (SOHO), Protokol Aplikasi Tanpa Wayar (WAP) dan GPRS dan akhirnya Sistem Jalur Lebar atau lebih dikenali sebagai Broadband yang menyebabkan terbitnya pula Telefon Bersuara berasaskan IP (VOIP) dan lain-lain jenis yang terlalu banyak di pasaran.
Teknologi satelit/komunikasi juga tidak kurang memberikan lebih sumbangan bernilaitambah kepada dunia ICT sehingga mampu menggabungkan pula elemen-elemen penyiaran digital menerusi radio dan tv, Sistem Pemusatan Global (GPS), Sistem Maklumat Geografik (GIS), telefon satelit, VSAT/Gelombang ‘C’, Cell Broadcast dan lain-lain menerusi cara yang kita tidak pernah fikirkan dulu.
Dari segi komersil, industri ICT dari sektor pembuatan aksesori/perkakasan komputer sehingga penyelesaian sistem dll telah memanfaatkan e-dagang dan B2B/B2C dll secara maksima samada pada tahap teratas, tahap kedua dan tahap ketiga.
Pendekkata, dengan satu klik menggunakan tetikus dan kekunci, kita akan ‘terperosok’ ke dalam ‘dunia tanpa sempadan’, MSC, Lembah Silikon, Super Lebuhraya Maklumat dsb. Tidak ada lagi sebarang ‘dinding’ dalam dunia globalisasi masakini.
Apa itu Broadband ?
Broadband adalah satu perkhidmatan internet jalur lebar yang mempunyai kelajuan yang tinggi. Sebuah jaringan komunikasi yang digunakan oleh signal (suara,data,video) secara sekaligus. Jaringan tersebut dapat membawa berbagai signal dengan cara berbagai-bagai jumlah dari kapasiti pada media yang ada kedalam kanel-kanel yang terpisah satu sama lainnya, dimana setiap kanel hanya beroperasi pada sebuah batas frekwensi yang spesifik.
Layanan atau sistem yang memerlukankan kanel transmisi yang mampu mentransmisikan kecepatan lebih dari PRA (2Mb/s) pada Narrowband ISDN (definisi ITU-T).
kecepatan 200 kbps pada dua arah yang merupakan koneksi lambat didefinisikan sebagai Narrowband (definisi FCC).
Asumsi yang berbeza-beza tentang broadband berdasarkan kecepatan :
> 64 Kbps, > 512 Kbps, > 1 Mbps
Streamyx juga adalah perkhidmatan broadband yang diperkenalkan oleh TMNet. Perkhidmatan ini memerlukan talian telefon (copper). Jika tidak ada talian telefon ia tidak boleh dipakai kecuali menggunakan Streamyx Wireless. Dan jika ada talian telefon yang menggunakan fibre base pun tidak boleh digunakan. Selain itu, jarak rumah / kediaman hendaklah dalam lingkungan 5KM daripada Telekom Exchange.
Kegunaan Broadband
Ada beberapa peniaga broadband di pasar hari ini. Antara yang paling popular di antara mereka adalah Orange, Talk talk, Toucan, Demon, Tesco, AOL, PlusNet, Namesco, Sky, Vodafone, T-mobile phone, British Telecom dan banyak lagi. Para peniaga percaya ia murah dan kualiti yang bagus. Mereka adalah syarikat yang terbesar dan terkenal di seluruh dunia.

Bahkan, dengan bantuan internet broadband, terdapat satu faedah pelbagai kemudahan komunikasi seperti chatting, panggilan, mendengarkan muzik dan menonton filem, email, dan banyak lagi. Ada begitu banyak penyediaan layanan broadband di pasar yang menawarkan layanan.

Broadband merupakan teknologi dan pengguna dapat menikmati kemudahan Internet dengan cepat . Dengan teknologi ini, kita dapat berhubung ke Internet dengan menggunakan sambungan yang ada melalui telefon atau kabel line dan beberapa perangkat nirkabel lainnya seperti telefon bimbit, radio dan sebagainya. Ada banyak kemudahan broadband di pasaran global. Mereka akan memberikan tawaran khusus seperti panggilan percuma, free Wi-Fi, modem, email atau anti virus sebagai tambahan untuk membuat kemudahan ini lebih yg untuk pengguna.

Hari ini, harga broadband jatuh kepada lebih murah. Tetapi individu tidak perlu bimbang kerana demi kepentingan rakyat, mereka dapat hasil yang berbeza harganya.

Ada banyak broadband berurusan di pasar. Hal ini sangat berguna sekali untuk masyarakat. Perincian tentang transaksi ini dapat ditemukan dari pelbagai situasi yang menyediakan panduan yang lengkap untuk individu dan dengan demikian mereka dapat membandingkan manfaat yang ditawarkan oleh pelbagai operator selular di Inggris.

Keistimewaan Broadband
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang broadband seperti kepantasan, kemudahan, harga, dan lain-lain lagi.Saya akan menghuraikan setiap keistimewaannya.

Kelajuan Celcom Broadband 3.6Mbps !!!







Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang kelajuan internet menggunakan Celcom Broadband berbanding dengan TMNet Streamyx misalnya.
Apa yang boleh saya kata ialah kelajuan internet Celcom Broadband ini adalah jauh lebih baik berbanding dengan ISP lain.











Ini adalah screenshot statistik kelajuan Celcom Broadband menerusi Mobile Partner, software terbina dalam modem Huawei E220.







Dan ini pula screenshot yang dirakam ketika saya mendownload video dari Youtube. Cuba tengok download speed, hebat bukan? haha…
Memandangkan saya merupakan heavy downloader dan heavy gamer, ada sedikit perkara yang saya agak tidak suka mengenai Celcom Broadband, iaitu :
1) Kelajuan download p2p dan torrent kurang memuaskan (ares, limewire, torrent, mirc dll)
2) Permainan online tidak memuaskan malah selalu lag
3) Tidak boleh download dari laman hosting file (Rapidshare, Megaupload dll) kerana berkongsi IP

Macam mana dengan Maxis Broadband? Emm…berdasarkan pengalaman, saya boleh katakan bahawa Celcom Broadband adalah jauh lebih baik dari Maxis Broadband dari pelbagai aspek.
Celcom Broadband masih merupakan alternatif yang baik kepada penyedia internet lain yang terdapat di Malaysia. Semoga servis perkhidmatan akan lebih ditingkatkan dimasa hadapan dan memberi faedah yang besar kepada pelanggan yang mempercayai Celcom.

Kelebihan lain Celcom Broadband:
1) Download speed yang sangat tinggi (bergantung kepada pakej dan modem yang digunakan)
2) Surfing (pelayaran) internet yang lebih pantas
3) Murah – anda hanya bayar rm98 untuk kelajuan (hingga) 3.6Mbps
4) Sangat berpatutan untuk pelajar, boleh digunakan di mana saja
5) Tidak perlu bayar sewa talian telefon bulanan
6)Mudah alih (portable)
7) Simkad modem boleh guna dekat handphone untuk browsing
WI-FI (Akronim kepada Wireless Fidelity)
Kini bukan lagi wayar yang menjadi penentu penyaluran maklumat tetapi udara dan gelombang. Hampir 3 tahun, teknologi wayarles telah muncul dalam pelbagai bentuk untuk menukar senario teknologi dan memberikan ruang internet beroperasi secara ‘demokratik’ tanpa sebarang sekatan dan tapisan.
Kini muncullah apa yang dikenali sebagai Wi-Fi, suatu revolusi teknolgi yang canggih dengan spektrum terbuka yang akan memacu internet ke tahap selanjutnya dalam ‘penjajahan’ global.
Teknologi Jalur Lebar Wayarles - Wi-Fi adalah dijangka lebih murah, berkuasa tinggi dan mudah digunakan. Bayangkan sebuah kotak kecil yang mengagihkan internet berjalur lebar meliputi kawasan sebesar padang bolasepak. Sekeping kad kecil akan dimasukkan ke dalam slot komputer yang akan menerima jalur lebar ini dan anda boleh mula melayari internet tanpa perlu mendail sebarang talian. (lihat sahaja teknologi WAP dalam teknologi bimbit) Kemungkinan besar laptop, notebook dan PDA yang bakal anda beli nanti telah mempunyai kemudahan Wi-Fi secara built-in. Kegunaan wayar akan hanya terhad kepada aliran kuasa elektrik sahaja. Itupun jika tidak ada sebarang ciptaan baru yang melibatkan tenaga solar yang mengecas bateri serta mampu menyimpan kuasa. Tentunya wayar tidak akan digunakan lagi!
Wi-Fi menggunakan pendekatan pelbagai gelombang udara (airwave) yang mungkin akan menyebabkan satu era baru dalam dasar wayarles akan terbina. Seperti teknologi spektrum terbuka yang lain, Wi-Fi merupakan satu cara penggunaan gelombang/frekuensi tanpa sempadan. Kes ini boleh diumpamakan dengan radio CB, cuma Wi-Fi adalah sistem digital yang sungguh pintar mengelakkan kesesakan/konjesi frekuensi.
Setelah berdekad lamanya, undang-undang cuba digubal untuk cenderung kepada penguasaan frekuensi secara eksklusif atau menjadikan spektrum sebagai komoditi zaman maklumat, Wi-Fi dijangka akan menjadi pemangkin yang hebat terhadap penguasaan ini.
Wi-Fi telah menarik banyak perhatian segenap lapisan manusia di seluruh dunia di mana ianya akan menjadi penentu masa hadapan internet. Seperti juga dengan Web, Wi-Fi dijangka lebih terbuka, tanpa terikat kepada sebarang undang-undang dan tidak keterlaluan jika saya katakan ianya akan menjadi percuma tidak lama lagi.
Kita sering dikejutkan dengan bil-bil telefon bimbit yang tinggi samada pos atau pra-bayar. Ada yang mungkin mengetahui bahawa terdapat caj untuk penggunaan gelombang di kalangan syarikat telekomunikasi. Tanpa berfikir panjang, teknologi jaringan 3G telah dilancarkan secara tergesa-gesa dan akibatnya ianya telah mengalami kerugian berbilion ringgit kerana dominasi yang jelas terhadap spektrum.
Wi-Fi dikatakan akan mengancam sektor telekomunikasi kerana kesedaran pengguna bahawa ujudnya Internet wayarles yang tidak memerlukan sebarang telefon. Pakej Wi-Fi pada peringkat permulaan sahaja telah mencapai jualan melebihi 10 juta unit pada tahun 2002 di negara-negara maju dan pastinya jumlah ini akan berganda pada tahun 2003 dan selanjutnya.
Kita lihat sekarang, pengguna rumah yang canggih begitu pandai menggunakan talian broadband dengan menyambungkan poin akses ke modem kabel atau kotak DSL, memasukkan kad prabayar ke dalam laptop dan akhirnya menggunakan internet sepantas kilat di mana-mana sahaja yang mereka sukai. Melakukan streaming muzik dan video sambil menonton televisyen digital, menggunakan e-mail WAP semasa bersarapan pagi dan lain-lain lagi.l
Ini hanyalah suatu permulaan, kita akan melihat fasa Wi-Fi selanjutnya menerusi kemunculan jaringan awam. Kini, jika dilihat di kawasan Cyberjaya, KLIA dsb. sudah terdapat banyak hotspot akses terbuka, jaringan komuniti ad-hoc yang menggunakan Wi-Fi dan berkongsi talian jalur lebar. Dengan pakej harga yang menarik, Wi-Fi akan pasti digunakan di seluruh Malaysia.
Wi-Fi akan menjadi piawaian/standard universal yang akan mendominasikan dunia elektronik termasuk peralatan elektronik, konsol permainan video, pemain cakera, telefon bimbit, PDA, kamera digital dan lain-lain lagi. Mana-mana komputer peribadi yang dibeli akan terus menjadi sebahagian daripada hub jaringan wayarles sebaik sahaja ianya dipasang – seperti televisyen. Adalah diramalkan, pada tahun 2006, sebanyak 100 juta manusia akan menggunakan Wi-Fi.
Cabaran Membina Prasarana
Sebagaimana penggunaan Telefon Selular/bimbit, organisasi-organisasi yang terlibat secara langsung dalam arena Wi-Fi perlu membina prasarana komunikasi bagi menggalakkan pertumbuhan penggunaan Wi-Fi.
Organisasi juga perlu memastikan prasarana yang dibina untuk penggunaan Wi-Fi mempunyai sekurang-kurangnya ciri-ciri berikut :
a. Memastikan penggunaan secara meluas –Dengan adanya telefon bimbit, pengguna memerlukan isyarat yang mana kini masih terdapat tempat-tempat tertentu yang belum dipasang dengan cell-broadcast walaupun teknologi yang kita ada begitu tinggi sekali. Mungkin juga sesetengah organisasi beranggapan bahawa pelaburan akan menjadi tinggi di kawasan-kawasan yang terpencil dan tidak memikirkan kebaikan kepada pengguna dan mereka yang dalam perjalanan menerusi zon terpencil berkenaan.
Masalah yang sama juka mungkin akan melanda Wi-Fi di mana banyak hot spot diperlukan untuk aktiviti sniffing oleh komputer. Mungkin pengguna tidak dapat log on di sesuatu zon kerana zon berkenaan adalah zon jaringan persendirian atau komersil yang memerlukan langganan.
Kawasan-kawasan seperti Hotel, restoran/outlet makanan eksklusif dan lapangan terbang perlu menitikberatkan kawasan-kawasan lobi atau lounge, pusat perniagaan, bilik-bilik persidangan/mesyuarat, bilik penginapan, dewan makan, kafeteria dll.
Sesetengah organisasi luar negara bercadang mengeluarkan key chain atau kad yang dapat mengesan isyarat Wi-Fi.
b. Kegunaan Rumah – penggunaan media digital seperti MP3 dan DVD kini semakin meluas, tetapi kebanyakan peralatan rumah masih lagi berorientasikan analog. Organisasi perlu mencari jalan untuk memecahkan permasalahan ini dan bukan sekadar memasang kabel jaringan di dalam dinding atau lantai semata-mata.
Wi-Fi dilihat mampu menyelesaikan masalah ini menerusi integrasi audio-video sehingga kepada telefon rumah secara automatik dan tanpa perlu berpenat-lelah. Pelayan/server kini dapat merekodkan siaran televisyen, menyimpan musik dan video dan memainkannya semula ke atas skrin di rumah. Bayangkan sesebuah rumah yang menjadi hub-media jaringan digital tanpa wayar, tentunya era video-internet akan lebih cepat diperkenalkan dan pastinya permintaan terhadap jalur lebar akan menjadi lebih tinggi.
c. Pemasangan Wi-Fi – jika syarikat telekomunikasi beranggapan bahawa Wi-Fi akan mengancam perniagaan mereka, cuba fikirkan pula jika hot spot Wi-Fi dipasang pada tiang-tiang telefon atau lampu. Ini pastinya akan menjadikan satu perniagaan baru kepada syarikat telekomunikasi – kerajaan atau swasta.
Wi-Fi mampu membantu mengurangkan kos yang banyak berbanding dengan cara kabel atau gentian optik.
d. Penggunaan yang seiring dengan Telefon Selular – apabila Wi-Fi berjaya digunakan secara meluas di kawasan perumahan dan kawasan awam, maka perhatian perlu diberikan pula kepada telefon selular. Kini, tidak mustahil untuk melihat pengguna wayarles dengan telefon selular di luar rumah, telefon cordless di dalam rumah dan jaringan Wi-Fi untuk data. Sesetengah peralatan ini berkongsi pada frekuensi yang sama – umpamanya kedua-dua Wi-Fi dan telefon cordless menggunakan frekuensi 2.4 – 5 GHz walaupun didasarkan kepada piawaian yang berbeza.
Bagi menjadikan penggunaan kedua-duanya secara seiring adalah suatu aktiviti yang pasti berlaku. Ini kerana Wi-Fi yang berkelajuan tinggi mampu menghantar suara sebagaimana telefon cordless. Bezanya ianya menggunakan saluran Internet dan bukannya jaringan telefon. Ini akan menjadikannya jauh lebih murah. Organisasi juga boleh menjadikan Wi-Fi sebahagian daripada fungsi telefon selular sebagaimana WAP/GPRS kerana fungsinya adalah mirip tetapi lebih meluas. Dengan adanya elemen Wi-Fi pada telefon selular, pengguna dapat membuat panggilan semasa berada di dalam zon Wi-Fi dan pada masa yang sama menggunakan cell-broadcast jika perlu.
Mungkin teknologi 3G mampu diperbaiki dan dilahirkan kembali. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat ini. Di suatu masa, kemungkinan penggunaan internet berada di mana-mana tempat di dunia ini. Variasi harganya mungkin bergantung kepada zon dan prasarana yang dibina ketika itu. Penggunaan mungkin secara percuma bagi telefon cordless dan selular di kawasan perumahan, awam dan pejabat. Penggunaan juga mungkin secara percuma di kafe siber bagi menggalakkan keuntungan perniagaan. Dan mungkin juga harganya agak mahal semasa berada di lebuhraya. Ini mampu direalisasikan menerusi jaringan Wi-Fi.
Wi-Fi merupakan teknologi yang masih baru. Kemungkinan apa yang saya katakan di atas tadi nampaknya seperti tidak praktikal dan mungkin masalah-masalah lain seperti keselamatan dan gangguan tidak dititikberatkan. Namun, fikirkan sejenak bahawa semua teknologi baru yang telah diperkenalkan selama ini pun kadangkala nampak seperti begitu kompleks untuk diselesaikan pada peringkat permulaannya tetapi akhirnya penyelesaian masalah dapat dicari jua.
Begitu juga dengan Wi-Fi. Walaupun ianya dikatakan mampu menggugat industri telefon selular tetapi kita masih belum mendapat jawapan yang pasti kerana teknologi ini baru sahaja bermula…
Kabel dan gentian optik masih boleh digunakan sebagai sistem sokongan dan tidak boleh terus dibuang. Ini penting kerana hujan lebat, kilat dan elektromagnetik mampu merosakkan sistem Wi-Fi dan kita masih memerlukan pendailan dan telefon berwayar.
Piawaian yang mempengaruhi Wi-Fi

802.11bPiawaian yang telah merintis arena jalur lebar – bagi mencari jalan menghantar data menerusi gelombang udara (tanpa lesen), para jurutera telah bekerja keras untuk mengeluarkan standard LAN Wayarles yang menggabungkan unsur-unsur data paket Ethernet, protokol routing Internet dan penggunaan spektrum secara meluas menerusi pelbagai saluran di dalam sesuatu jalur frekuensi. Hasilnya ialah maklumat yang dihantar pada kelajuan sehingga 11 Mbps dalam jalur 2.4 GHz dan pada kawasan seluas 300 kaki. Tidak lama kemudian, pada tahun 1999, LAN Wayarles telah diubah namanya kepada Wi-Fi.

802.11aAntara tahun 1999-2000, piawaian 802.11a pula dikeluarkan. Ianya berkisarkan aktiviti jalur 5-6 GHz pada kelajuan 54 Mbps. Produk berasaskan standard ini pula telah diperkenalkan pada penghujung tahun 2001 dengan kelajuan yang tinggi dan kurang risiko gangguan frekuensi radio bebanding 802.11b dan 802.11g. Cuma kelemahannya ialah 802.11a tidak selaras dengan 802.11b dan 802.11g kerana ianya keluar daripada jalur 2.4 GHz. Akhirnya ramai pengeluar berhenti mengeluarkan produk yang berasaskan standard ini. Namun, dengan kebangkitan kembali LAN Wayarles, standard ini mungkin boleh digunakan untuk zon kependudukan tinggi termasuk institusi-institusi pengajian tinggi, universiti dan pusat-pusat perniagaan.

802.11g – piawaian ini telah 6 kali disemak dan setakat artikel ini ditulis , piawaian ini mungkin telah dikeluarkan. Piawaian ini dikatakan akan digabungkan dengan operasi 802.11b dan memiliki kadar transmisi sehingga 5 kali lebih pantas dalam jalur 2.4 GHz yang sama. Antara organisasi pengeluar produk Wi-Fi yang adalah Net Gear, Apple dan D-Link. Antara cabaran yang dihadapi ialah gangguan yang lebih tinggi dari lain-lain peralatan umpamanya telefon cordless berasaskan 2.4 GHz, terhadap frekuensi radio.

Cara Menggunakan Wi-Fi



1. Anda memerlukan talian broadband
2. Anda memerlukan stesen pengkalan (base station) - Membeli peralatan dan perkakasan berasaskan 802.11g.
3. Membeli kad klien - Kad untuk laptop dan desktop ada dijual di kawasan-kawasan hotspot terutamanya di Cyberjaya. Untuk pemilik Apple, carikan kad yang berjenama Airport Extreme. Seperti yang saya nyatakan tadi, kemungkinan PC, notebook dan Apple yang bakal anda beli telah mempunyai ciri-ciri Wi-Fi secara built-in.
4. Pemasangan Jaringan – plagkan talian Internet ke stesen pengkalan dan pasangkan kad klien ke komputer/laptop. Kemudian pasangkan pengkalan dan beberapa saat kemudian anda boleh memulakan pelayaran. Sekiranya anda gagal mendapatkan Wi-Fi, kemungkinan anda telah memasukkan maklumat yang kurang tepat mengenai ISP ke dalam program setup stesen pengkalan. Semak arahan manual/buku panduan. Berikan nama yang sesuai kepada jaringan anda selain ‘default’.
5. Berada di lokasi yang sesuai – tanpa sekatan/halangan seperti dinding dan sebagainya. Jika anda menggunakan antena pada pengkalan, cuba betulkan ke arah yang sesuai. Sesetengah organisasi di US ada menjual penguat isyarat (booster). Biasanya kad Wi-Fi terdiri daripada 30-100 milliwatt.
6. Kata Laluan – anda memerlukan kata laluan kerana penggodam zaman Wi-Fi adalah lebih canggih kerana godaman kini boleh dilakukan tapa wayar. Aktiviti sniffing secara wayarles mampu mencuri maklumat mengenai kad kredit dan lain-lain.
7. Jaringan Peribadi Maya (VPN) – dengan pemasangan VPN, anda lebih selamat menggunakan Internet menerusi encrypted pipeline dari komputer menerusi stesen pangkalan ke gateway yang dikawal ketat oleh ISP atau kalau anda di pejabat, ianya ‘dijaga’ menerusi bilik pelayan/server.