Kini bukan lagi wayar yang menjadi penentu penyaluran maklumat tetapi udara dan gelombang. Hampir 3 tahun, teknologi wayarles telah muncul dalam pelbagai bentuk untuk menukar senario teknologi dan memberikan ruang internet beroperasi secara ‘demokratik’ tanpa sebarang sekatan dan tapisan.
Kini muncullah apa yang dikenali sebagai Wi-Fi, suatu revolusi teknolgi yang canggih dengan spektrum terbuka yang akan memacu internet ke tahap selanjutnya dalam ‘penjajahan’ global.
Teknologi Jalur Lebar Wayarles - Wi-Fi adalah dijangka lebih murah, berkuasa tinggi dan mudah digunakan. Bayangkan sebuah kotak kecil yang mengagihkan internet berjalur lebar meliputi kawasan sebesar padang bolasepak. Sekeping kad kecil akan dimasukkan ke dalam slot komputer yang akan menerima jalur lebar ini dan anda boleh mula melayari internet tanpa perlu mendail sebarang talian. (lihat sahaja teknologi WAP dalam teknologi bimbit) Kemungkinan besar laptop, notebook dan PDA yang bakal anda beli nanti telah mempunyai kemudahan Wi-Fi secara built-in. Kegunaan wayar akan hanya terhad kepada aliran kuasa elektrik sahaja. Itupun jika tidak ada sebarang ciptaan baru yang melibatkan tenaga solar yang mengecas bateri serta mampu menyimpan kuasa. Tentunya wayar tidak akan digunakan lagi!
Wi-Fi menggunakan pendekatan pelbagai gelombang udara (airwave) yang mungkin akan menyebabkan satu era baru dalam dasar wayarles akan terbina. Seperti teknologi spektrum terbuka yang lain, Wi-Fi merupakan satu cara penggunaan gelombang/frekuensi tanpa sempadan. Kes ini boleh diumpamakan dengan radio CB, cuma Wi-Fi adalah sistem digital yang sungguh pintar mengelakkan kesesakan/konjesi frekuensi.
Setelah berdekad lamanya, undang-undang cuba digubal untuk cenderung kepada penguasaan frekuensi secara eksklusif atau menjadikan spektrum sebagai komoditi zaman maklumat, Wi-Fi dijangka akan menjadi pemangkin yang hebat terhadap penguasaan ini.
Wi-Fi telah menarik banyak perhatian segenap lapisan manusia di seluruh dunia di mana ianya akan menjadi penentu masa hadapan internet. Seperti juga dengan Web, Wi-Fi dijangka lebih terbuka, tanpa terikat kepada sebarang undang-undang dan tidak keterlaluan jika saya katakan ianya akan menjadi percuma tidak lama lagi.
Kita sering dikejutkan dengan bil-bil telefon bimbit yang tinggi samada pos atau pra-bayar. Ada yang mungkin mengetahui bahawa terdapat caj untuk penggunaan gelombang di kalangan syarikat telekomunikasi. Tanpa berfikir panjang, teknologi jaringan 3G telah dilancarkan secara tergesa-gesa dan akibatnya ianya telah mengalami kerugian berbilion ringgit kerana dominasi yang jelas terhadap spektrum.
Wi-Fi dikatakan akan mengancam sektor telekomunikasi kerana kesedaran pengguna bahawa ujudnya Internet wayarles yang tidak memerlukan sebarang telefon. Pakej Wi-Fi pada peringkat permulaan sahaja telah mencapai jualan melebihi 10 juta unit pada tahun 2002 di negara-negara maju dan pastinya jumlah ini akan berganda pada tahun 2003 dan selanjutnya.
Kita lihat sekarang, pengguna rumah yang canggih begitu pandai menggunakan talian broadband dengan menyambungkan poin akses ke modem kabel atau kotak DSL, memasukkan kad prabayar ke dalam laptop dan akhirnya menggunakan internet sepantas kilat di mana-mana sahaja yang mereka sukai. Melakukan streaming muzik dan video sambil menonton televisyen digital, menggunakan e-mail WAP semasa bersarapan pagi dan lain-lain lagi.l
Ini hanyalah suatu permulaan, kita akan melihat fasa Wi-Fi selanjutnya menerusi kemunculan jaringan awam. Kini, jika dilihat di kawasan Cyberjaya, KLIA dsb. sudah terdapat banyak hotspot akses terbuka, jaringan komuniti ad-hoc yang menggunakan Wi-Fi dan berkongsi talian jalur lebar. Dengan pakej harga yang menarik, Wi-Fi akan pasti digunakan di seluruh Malaysia.
Wi-Fi akan menjadi piawaian/standard universal yang akan mendominasikan dunia elektronik termasuk peralatan elektronik, konsol permainan video, pemain cakera, telefon bimbit, PDA, kamera digital dan lain-lain lagi. Mana-mana komputer peribadi yang dibeli akan terus menjadi sebahagian daripada hub jaringan wayarles sebaik sahaja ianya dipasang – seperti televisyen. Adalah diramalkan, pada tahun 2006, sebanyak 100 juta manusia akan menggunakan Wi-Fi.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment